Tuesday, December 29, 2009

perhatian

Ramai lelaki yang suka berfoya-foya, tetapi apabila hendak mencari isteri henda! kkan wanita yang solehah. Ini adalah konsep yang salah. Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran:

[26] (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah Nur 24: 26)

Perempuan yang baik lazimnya akan mendapat lelaki yang baik, perempuan yang buruk untuk lelaki yang buruk dan begitu lah sebaliknya.



Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (nisa 4: 34)

Seorang lelaki yang mengharapkan isteri membimbingnya, mengakibatkan keretakan rumah tangga. Ini adalah kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi, sikap kepimpiinan, mahu cakapnya dipatuhi dan bukan mematuhi. Sekiranya kata-kata suami berlandaskan kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan menegah kemungkaran, maka selamat lah rumah tangga tersebut. Sekiranya isteri yang menegur suami, seringkali yang berlaku ialah keegoan suami tercabar dan diakhiri dengan kekasaran dan penganiayaan terhadap isteri. Akhirnya isteri se solehah mana pun akan berasa sedih dengan sikap suami, mengalami tekanan perasaan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment